in ,

Miliki Secebis Sejarah Internet!

Pada tahun 2005 pengiklanan piksel (pixels advertising) telah menjadi medium pengiklanan dan hangat diperbualkan di media elektronik dan tradisonal.Tidak dinafikan ramai juga yang menyusul meniru konsep asal sekitar dan selepas jangkamasa tersebut.

Bagaimana saya terfikir mahu ketengahkan idea ini lagi? Secara jujur dan ringkas adalah kerana saya berfikir ‘Kenapa Tidak’. Semasa sedang berfikir untuk idea-idea perniagaan yang lain selain menunggu ‘next big project‘. Terlintas di fikiran saya untuk memulakan website pengiklanan piksel ini.

Dari tinjauan dan penilaian tentang pasaran tempatan yang menunjukkan amat ramai usahawan yang berniaga di online dan juga beriklan saya berasa amat ‘kena’ atau tepat waktunya jikalau konsep pengiklanan piksel ini dibuka kepada usahawan tempatan (dan negara jiran) bagi bersama-sama melakar atau mengulangi sejarah pengiklanan digital. Jadi saya ambil keputusan untuk memulakan website www.lamanwebsatujutaringgit.com

Laman utama atau homepage nya terdiri daripada 1000×1000 grid piksel yang mempunyai jumlah satu juta piksel. Pautan imej dijual pada satu ringgit (RM1.00) setiap piksel dalam blok 10×10 piksel (100 piksel). Pembeli piksel diberi ruang untuk meletakkan imej kecil diatas blok piksel,satu URL untuk dipautkan kepada imej itu dan satu slogan untuk dipamerkan apabila kursor tetikus (mouse cursor) dilalukan diatas pautan tersebut.

Ikuti perkembangan penjualan piksel saya di media sosial di atas.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Written by radzee_ar

Usahawan. Arkitek Sistem. Blogger. Ikuti saya di Instagram: @radzee.ar dan Twitter: @radzee_ar

Comments

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Loading…

0

Comments

0 comments

Penguasaan Perniagaan Kecil Dan Bisnes Online – Pengenalan