in ,

Prinsip 90-10 Dalam Bisnes Online dan Perniagaan Kecil

Pada peringkat permulaan, perniagaan kecil dan bisnes online memerlukan banyak kerja. Anda mungkin terkejut dengan apa yang anda perlu buat pada kebanyakan masa anda.

Contohnya Perunding Komputer, apabila mereka merenung permulaan perniagaan kecil atau bisnes online mereka, mereka cenderung untuk memberi tumpuan kepada aspek teknikal. Rasionalnya adalah mereka ingin menawarkan perkhidmatan yang baik dan mesti mempunyai kemahiran teknikal yang hebat sebelum sesiapa pun akan sanggup menjadi pelanggan.

Namun, Prinsip 90-10 mengajar kita bahawa semasa memulakan perniagaan kecil, 90% daripada
masa anda perlu diluangkan untuk aktiviti pemasaran langsung dan hanya 10% pada membina kemahiran teknikal.

Berikut adalah antara aktiviti-aktiviti yang disarankan anda luangkan 90% masa anda pada peringkat permulaan:

  • Mencari Prospek
  • Penjanaan Petunjuk atau Leads Generation
  • Membuat Jualan
  • Menyediakan Kertas Cadangan

Semasa fasa permulaan perniagaan kecil atau bisnes online anda, anda mesti cekap untuk memperoleh pelanggan yang berkualiti tinggi. Setiap jam yang tidak didekasikan untuk aktiviti berkenaan pelanggan dan pentadbiran harus diluangkan untuk membina rangkaian (network) dan mencari prospek. Ianya boleh dikurangkan sedikit sebaik sahaja anda mula berada di luar fasa permulaan perniagaan kecil atau bisnes online anda. Tetapi buat masa ini, mencari pelanggan adalah keutamaan anda.

Pokoknya,prinsip 90-10 ini adalah kritikal untuk dipatuhi bagi perniagaan atau bisnes online anda pada peringkat permulaan ini. Meluangkan 90% masa anda untuk pemasaran langsung dan pembangungan perniagaan berbanding 10% untuk pembangunan kemahiran adalah pertukaran yang berbaloi.

Tidak ada gunanya memperoleh kemahiran teknikal jika anda tidak mempunyai pelanggan untuk membeli atau membayar untuk perkhidmatan anda. Peringkat permulaan perniagaan kecil atau bisnes online adalah masa yang akan membina atau menggagalkan perniagaan anda.

Ketepikan latihan dan sijil anda untuk sementara waktu dan keluar berjumpa orang dan membuat seberapa banyak kenalan yang mungkin.

Pemilik Perniagaan Kecil – Sila Ambil Perhatian

Pernahkah anda pernah terfikir mengapa SPAM telah menyebabkan tindak balas umum seperti itu
berbanding dengan kertas-kertas di dalam peti surat? Orang kelihatan lebih peduli tentang apa yang memasuki inbox email mereka daripada peti surat mereka.
Ini bererti kempen email boleh melepasi apa-apa kempen berbentuk lain. Komunikasi langsung menjadikannya pilihan yang kos efektif untuk mana-mana perniagaan kecil dan bisnes online.

Saya percaya bahawa sebagai pemilik perniagaan kecil dan terutamanya bisnes online, sebaiknya berlatih menjadi superstar pemasaran email. Biar saya jelaskan mengapa …

Pertama, ini mengenai personaliti. Mesej email yang ditulis dalam gaya sendiri terbukti mendatangkan hasil yang terbaik. Menulis dengan cara ini seolah-olah tidak menonjolkan imej korporat atau perniagaan. Biasanya perniagaan mereka menunjukkan lebih banyak personaliti mereka apabila berurusan dengan pelanggan berbanding pesaing yang lebih besar jadi menulis cara ini adalah pilihan semulajadi.

Kedua, pemilik perniagaan kecil dan bisnes online boleh memahami apa kandungan yang mempunyai peluang yang lebih baik untuk dibaca. Dengan bekerja rapat dengan pelanggan mereka cenderung untuk memahami apa yang ingin diketahui dan diperlukan oleh pelanggan mereka dan boleh dengan mudah menterjemahkannya ke dalam artikel dan laporan yang akan dibaca.

Ketiga, masa dan kos pemasaran email sangat sesuai bagi pemilik perniagaan kecil atau bisnes online yang sibuk. Jumlah masa dan kerja yang sama untuk membuat surat berita email untuk 500 ataupun 50,000 pelanggan. Tambahan pula kos pembuatan kempen email adalah kecil daripada surat konvensional atau tradisional.

Untuk pemilik perniagaan kecil dan bisnes online, mesej email biasa boleh mempunyai banyak personaliti dan kandungan untuk membuahkan hasil dan kejutan tersendiri, lebih cekap dan lebih murah untuk dihasilkan.

Itulah tiga sebab mengapa pemilik perniagaan kecil atau bisnes online boleh mendapat sambutan yang besar dengan inbox email.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Written by webmaster

Comments

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Loading…

0

Comments

0 comments

Rangkaian Perniagaan Kecil dan Bisnes Online Anda

Elak Kesilapan-kesilapan ini Dalam Perniagaan Anda!