in

Rangkaian Perniagaan Kecil dan Bisnes Online Anda

Rangkaian atau network sangat penting untuk kejayaan perniagaan kecil dan bisnes online. Anda perlu membina rangkaian dengan networking dari peringkat permulaan perniagaan atau bisnes online anda.

Proses ini tidak boleh dilakukan dengan terburu-buru. Anda tidak akan pergi acara networking pertama anda dan memperoleh enam pelanggan yang perlu naik taraf servis atau beli lebih produk dari anda minggu hadapan. Tetapi jika anda menjalankan perniagaan kecil atau bisnes online
acara networking ini beri peluang yang baik untuk anda berkenalan dengan lima ke enam prospek yang bagus.

Networking Untuk Kenalan Baru
Selain daripada menjumpai pelanggan berpotensi, keajaiban networking ini adalah kemungkinan akauntan yang anda kenali mempunyai jiran yang adiknya mencari rakan kongsi untuk perniagaannya. Atau doktor gigi yang sedang bersembang dengan anda mempunyai falsafah perniagaan yang serupa dan mungkin menjadi pelanggan yang hebat untuk anda menjalankan perniagaan bersama atau menjadi pelanggan.

Hubungan ini sungguh tidak ternilai. Sebaik sahaja anda membuat kenalan, anda perlu meluangkan masa untuk berbincang, bermesyuarat,bertukar-tukar cadangan dan membuat panggilan jualan atau sales call. Lebih banyak masa harus dluangkan disitu daripada mengejar satu pelanggan.

Walaupun networking yang anda buat di pasaraya , atau sesiapa yang menghubungi anda, pelanggan yang hebat akan menyokong perniagaan anda untuk jangka panjang.

Jangan hanya berharap untuk mendapat ramai pelanggan dari aktiviti networking ini. Anda wajar untuk berharap sedemikan, walaubagaimanapun, anggaplah ianya untuk menghasilkan sekumpulan petunjuk atau leads dan prospek berkualiti serta rujukan.

Rujukan dan petunjuk ini adalah rangkaian perniagaan kecil dan bisnes online anda.
Anda perlu mempunyai banyak petunjuk yang berbeza dalam genggaman anda dan ramai
kenalan yang berlainan di dalam rekod anda pada setiap masa.

Sebahagian daripada mereka akan menjadi lebih “hangat” pada peringkat yang berbeza dan akan bersedia untuk berubah menjadi pelanggan yang berbayar pada peringkat yang berbeza dan tarikh yang berlainan. Networking dengan mereka mengekalkan hubungan bisnes online dan perniagaan anda sepanjang fasa pembelian mereka.

Asasnya, hubungan pelanggan dan rujukan klien lah yang akan memberi anda pelanggan yang stabil dan untuk jangka masa panjang yang mantap. Itulah jenis pelanggan yang akan membuat perniagaan anda berjaya. Menghadiri acara networking bagi perniagaan kecil atau bisnes online anda mungkin kelihatan seperti aktiviti bersosial yang tidak produktif tetapi kenalan yang anda perolehi akan menghasilkan
pulangan besar bagi masa yang anda labur. Mulakan networking untuk perniagaan kecil dan bisnes online anda hari ini, anda tidak tahu kejutan apa yang bakal menanti.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Written by webmaster

Comments

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kemahiran yang Diperlukan Untuk Sukses Dalam Perniagaan Kecil dan Bisnes Online

Prinsip 90-10 Dalam Bisnes Online dan Perniagaan Kecil