in ,

Berhenti Lakukan Perkara “Bodoh”

Kita hidup dalam dunia yang pesat membangun dan perubahan berlaku! Persaingan datang dari seluruh dunia. Ini boleh mendatangkan masalah kepada kepada peniaga tempatan.

Banyak perkara yang perniagaan atau syarikat buat bertentangan dengan pemahaman perniagaan yang baik dan pembinaan kesetiaan pelanggan.

Kebanyakan strategi pemasaran organisasi hanya tertumpu untuk mendapatkan lebih jualan dari pelanggan semasa atau jualan dari yang berpotensi bagi meningkatkan angka jualan.

Daripada berfikir tentang apa yang perlu dilakukan, cuba fikir tentang apa yang perlu dielak. Dalam erti kata lain, berhenti buat “perkara bodoh.”

Tidak melakukan perkara “bodoh” bermakna mengetahui apa yang menghalang pelanggan daripada membelanjakan wang mereka kepada anda dan memastikan bahawa tindakan atau tindak balas yang menyebabkannya tidak berulang.

Berikut adalah contoh yang saya rasakan “perkara bodoh.” Sesebuah syarikat penerbangan mahu caj pelanggan yang ingin bercakap dengan ejen khidmat pelanggan. Itu perkara bodoh dalam dua cara. Pertama, mereka telah memilih untuk menghukum pelanggan yang ingin terus mendapat apa yang mereka selalu dapatkan iaitu perhatian. Berapa ramai pelanggan yang mereka akan hilang kerana keputusan ini? Saya tahu sekurang-kurangnya satu.

Ada perkara “bodoh” yang tidak berkaitan langsung dengan produk atau servis satu-satu perniagaan tetapi memberi kesan negatif.

Ambil, sebagai contoh, beri hadiah “palsu”.Seorang usahawan kosmetik baru-baru ini heboh diperkatakan memberi rantai permata yang dikatakan “palsu”. Dengan mengambil keputusan untuk bertekak dengan penerima hadiah dan tidak hanya mengambil semula hadiah yang didakwa palsu dan berikan nilai yang sama perkara itu menjadi lebih panas dan saya percaya telah mengakibatkan kerugian atau kekurangan pendapatan perniagaan bagi tokoh usahawan tersebut lebih daripada nilai barang kemas yang didakwa. Banyak perkara yang usahawan ambil remeh atau tidak peduli boleh memberi impak negatif kepada perniagaan dalam jangka masa pendek dan panjang.

Berhenti mengenakan bayaran kepada servis yang kebiasaannya percuma. Kenalpasti apa yang mengelirukan dan menghalang pelanggan dari berbelanja dengan anda.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Written by webmaster

Comments

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Loading…

0

Comments

0 comments

Senaman Untuk Tengkuk & Belakang

Membeli Perniagaan Kecil atau Bisnes Online