in , , ,

Servis Dobi Inovatif – Dobybox Sdn Bhd

Seringkali kita sibuk dengan urusan sehingga kadang-kadang urusan rumah tangga terasa ‘bebal’ untuk diurus. Beli barang dapur, cuci rumah, hal anak-anak , cuci pakaian dan sebagainya. Kadang-kala ada mesin basuh pun nak cuci, keringkan, lipat dan nak simpan dalam almari memang terasa berat. Ada sesetengah hari nak bawa ke dobi pun dah letih,tambahan pulak kalau dobi yang servis terbaik agak jauh dari rumah.

Kan bagus kalau letak ja depan pintu rumah petik jari orang ‘settlekan’? Takkan la nak harapkan isteri saja buat. Tambahan pula ada isi rumah yang suami dan isteri pun sibuk dengan kerja.

Sebab itulah DobyBox diwujudkan. Takdak la sampai petik jari ja semua siap. Ni gunakan applikasi di telefon. Bawa pakaian dan fabrik yang perlu dicuci, letak ja dalam locker berhampiran, masukkan pin dan buat order gunakan applikasi. Tunggu dalam masa 48 jam bila dah siap akan dapat notifikasi di telefon seterusnya pergi ambil sahaja dari locker. Mudah kan?

Locker DOBYBOX di Twin Towers Fitness Centre, KLCC
Locker DOBYBOX di G Tower,Jalan Tun Razak
Locker DOBYBOX di MyHabitat Condominium, Jalan Tun Razak
Aplikasi DobyBox

Pada masa kiriman ni locker-locker DobyBox boleh dijumpai di sekitar Kuala Lumpur dan Cyberjaya. Semakin berkembang semakin banyak tempat yang kita boleh jumpa locker DobyBox ini. Dengar cerita sampai nak ke ostrolia (Australia la tu).

Dalam segmen inspirasi niaga kali ini. Jom kita berkenalan dengan Encik Elmi Haryadi Daldiri, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) DobyBox Sdn. Bhd. Saya berkesempatan berjumpa beliau di satu event di Pulau Pinang tak lama dulu. Disini saya kongsikan sesi interview saya dengan beliau.

En. Elmi
En. Elmi Sesi Pembentangan di CIMB

Boleh ceritakan sedikit latar belakang En. Elmi?

Saya seorang lulusan kejuruteraan kajiterbang (aeronautical engineering). Pekerjaan pertama saya adalah sebagai Pegawai Kawalan Trafik Udara (Air Traffic Controller) di Jabatan Penerbangan Awam Malaysia. Selepas 8 tahun berkhidmat, saya bertukar kerja sebagai Pengawal Operasi Satelit (Satellite Controller) di MEASAT Satellite Systems. Semasa di MEASAT, saya berpeluang melakukan beberapa tugas yg berlainan termasuk Kawalan Risiko (Risk Management), Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Occupational Safety and Health)

Sejak bila En. Elmi mula berniaga?

Saya sebenarnya sudah mula berniaga sejak dari bangku sekolah lagi. Apabila melangkah ke alam pekerjaan, saya terus berniaga secara sambilan sekadar memenuhi masa terluang. Perniagaan dobi ini telah saya ceburi sejak 7 tahun yang lalu.

Bagaimana DobyBox Sdn Bhd ditubuhkan?

Setelah 2 tahun menjalankan perniagaan dobi, saya berhadapan dengan masalah dimana pelanggan saya tiada masa untuk datang ke kedai saya pada hari bekerja kerana mereka biasanya keluar bekerja apabila kedai saya masih belum dibuka dan mereka biasanya keberatan untuk datang ke kedai selepas waktu kerja kerana sebab2 tertentu. Saya melihat keadaan ini sebagai satu situasi yang patut saya tangani untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan saya. Sebagai jalan penyelesaian, saya mewujudkan DOBYBOX. Perkhidmatan dobi berasaskan locker dengan sistem atas talian untuk pelanggan membuat pesanan dan bayaran. DOBYBOX beroperasi 24jam sehari. Berkeupayaan untuk memberi kebebasan kepada pelanggan untuk menghantar dan mengambil pakaian untuk dicuci dan lain2.

Di mana En. Elmi melihat perniagaan DOBYBOX pada tahun hadapan? Dalam tempoh lima tahun akan datang? Sepuluh tahun yang akan datang?

In shaa Allah Pada tahun hadapan DOBYBOX akan dikembangkan ke Perth, Australia melalui rakan kongsi kami di sana. Pembangunan sistem locker yang bersesuaian dengan operasi di Australia juga sedang dijalankan sekarang. Dalam tempoh lima tahun akan datang, saya berhasrat agar DOBYBOX menjadi satu platform utama di seluruh negara untuk pelanggan mendapatkan perkhidmatan dobi kerana ianya mudah dan menjimatkan masa.

Pelanggan saya tiada masa untuk datang ke kedai saya pada hari bekerja kerana mereka biasanya keluar bekerja apabila kedai saya masih belum dibuka dan mereka biasanya keberatan untuk datang ke kedai selepas waktu kerja kerana sebab2 tertentu.

Elmi

Itulah sedikit perkongsian dari sesi temubual saya dengan CEO DobyBox Sdn. Bhd. Perhatikan bagaimana niat untuk mempermudahkan urusan pelanggan beliau, En. Elmi berinovasi untuk menawarkan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh mereka. Saya doakan semoga perniagaan beliau semakin berkembang maju. Saya harap perkongsian ini dapat memberi sedikit inspirasi dan motivasi bagi anda.Terima kasih dan salam sejahtera.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Written by radzee_ar

Usahawan. Arkitek Sistem. Blogger. Ikuti saya di Instagram: @radzee.ar dan Twitter: @radzee_ar

Comments

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tips Marketing Dinamik

Work At Home Idea – The Best Reviewers Are Moms