in , , ,

Perkongsian Ilmu Kepuasan Syed Gaddafi – Cerebro Solutions Sdn Bhd

Dari “abam kosmetik” ke pelatih marketing. Ketika ditanya mengapa beliau berniaga usahawan ini mula bercerita panjang lebar tentang bagaimana beliau mula-mula berkecimpung dalam dunia perniagaan. Bagaimana pengaruh keluarga yang memang sudah biasa berniaga menjadi titik permulaan bagi anak muda ini untuk mula berniaga dan mencapai kejayaan dalam bidang perniagaan.

Dalam segmen Inspirasi Niaga kali ini jom kita mendekati En, Syed Gaddafi, seorang pelatih pemasaran dan perniagaan yang makin melonjak namanya di persada coaching negara. Dibawah ini saya kongsikan sesi temubual bersama beliau.

1. Mengapa anda berniaga?

Darah Usahawan mengalir sebati dengan saya. Dari Nenek saya yang merupakan seorang peniaga café hinggalah ibu saya yang juga seorang peniaga. Seawal usia 10 tahun, saya dah mula berniaga. Ketika itu ibu saya menjual karipap frozen. Jadi bila ke sekolah ibu saya akan bekalkan saya dengan karipap hehehe. Ibu selalu letak 5 biji karipap dalam bekas. Saya akan jual semua karipap tersebut dan akan beli makanan lain di kantin sekolah haha ! mungkin dah bosan makan karipap.

Menjawab soalan di atas, saya mula berniaga kerana saya kecewa. Ya saya kecewa kerana walaupun family saya ramai yang berniaga, tapi tiada seorang pun yang betul-betul Berjaya. Mereka berniaga sekadar cukup makan. Tiada matlamat yang jelas dan juga Vision untuk membawa perniagaan mereka ke “next level”. Disebabkan itu perniagaan mereka tidak bertahan lama. Faktor ini membuatkan keinginan saya untuk berniaga membuak buak untuk membantu keluarga saya dan juga orang lain supaya mereka mempunyai matlamat yang jelas dalam perniagaan. Saya ingin benar meniru gaya Steve Jobs dan akan membuktikan bahawa saya mampu untuk lakukan apa yang Steve Jobs lakukan untuk mengembangkan bisnes beliau.

2. Apakah latar belakang anda? Pendidikan dan pengalaman kerja.

Saya mula bekerja seawal usia 18 tahun. Ketika itu saya mencuba nasib ke temuduga terbuka Malaysia Airline System Bhd (MAS) di Kelana Jaya. Selepas melalui 3 fasa temuduga, Alhamdulillah mereka terima saya menjadi Cabin Crew dan mula bertugas pada bulan Ogos 2004.

Semasa bersama MAS

Setelah 2 tahun bertugas di MAS, saya minta izin pada ibu saya untuk berhenti kerja dan mahu menyambung pelajaran saya ke peringkat Diploma. Malangnya, kekangan kewangan yang teruk ketika itu membuatkan ibu tidak membenarkan saya untuk berhenti bekerja. Sejak pada itu, saya mula berniaga secara serius. Apabila saya ke luar negara, saya akan beli beberapa barangan yang tiada di Malaysia ketika itu untuk di jual kembali pada rakan-rakan di Malaysia. Antaranya : Jersi dari Vietnam, perfume dari Dubai dan juga kek lapis dari Medan, Indonesia.

Saya pernah borong satu kapal penuh dengan kek lapis !! hahaha.. ketika itu bulan puasa, dan permintaan sangat banyak. Saya beli dengan harga RM12 di Medan dan jual dengan harga RM45. Sebab harga di sekitar KL ketika itu RM60-80 dan sentiasa habis. Ketika ini saya banyak belajar tentang Supply & Demand. Demand naik, supply kurang, harga naik !! dan sebaliknya. Saya dan rakan niaga ketika itu juga berniaga kek lapis di pasar Ramadhan. Tapi kami tak sewa tepak. Cuma jual di tepi pasar dan buka bonet kereta Myvi. Biasa kami akan bawa cuma 20-30 kotak. Bila habis, kami akan tunggu lagi di situ. Time ni saya banyak belajar tentang pentingnya database. Kami akan tunggu dengan tinggalkan sekotak sebagai sample. Kami ambil no. phone prospect dan hanya tunjuk kotak. Keesokan harinya kami akan contact semula prospect dan offer untuk hantar di rumah mereka.

Di sebabkan kami meniaga dia pasar Ramadhan berdekatan kawasan rumah, prospek kami semuanya tinggal di Kawasan berdekatan. Jadi senang lah nak hantar. Dengan cara ini, prospek juga akan ada nombor telefon kita. Lepas hantar saya akan minta customer introduce pada kawan-kawan atau family mereka yang nak beli. Di sini kami belajar tentang Multiplier effect. 10 customer generate 10 new customer. Haha !! Kami Berjaya habiskan kesemua kek yang kami beli dari Medan dan untung bersih kami ketika itu hampir RM20,000 dengan modal permulaan hanya RM1,200.

Selepas 5 tahun bersama MAS, saya berhenti untuk sambung pengajian saya di peringkat Diploma. Perbelanjaan untuk sambung belajar adalah 100% dari keuntungan perniagaan kecil kecilan saya. Saya menyambung pengajian di Management and Science University dalam bidang Investment Management. Alhamdulillah 5 semester dinobatkan sebagai dean’s list.

Konvokesyen di MSU

Selepas tamat pengajian, saya bekerja di KAF Astley & Pearce Sdn Bhd sebuah anak syarikat KAF Investment Bank sebagai Money Broker. Tugas saya adalah menjadi orang tengah antara bank-bank di Malaysia. Nak bagi senang faham, kerja saya macam Relationship Manager. Jaga relationship dengan client untuk dapatkan bisnes dari mereka. Selepas beberapa tahun di KAF Astley & Pearce, saya berpindah ke Amanah Butler SDN BHD di bawah MIDF yang merupakan syarikat broker kewangan No.1 di Malaysia hingga hari ini.

Pengalaman saya sebagai money broker membuatkan saya banyak belajar “social skills” yang tak ramai ada. Memulakan relationship dengan seseorang bukan mudah apatah lagi hendak mengekalkan perhubungan tersebut. Sampai hari ini, kawan-kawan sewaktu bekerja dulu masih lagi berhubung dengan saya. Tekanan kewangan yang lebih kuat makin terasa selepas isteri saya berhenti kerja untuk menjaga anak. Ketika itu saya mengambil jalan untuk mencari kekuatan untuk berhenti bekerja dan berniaga secara full time. bagi saya, perkara paling penting sebelum mula berniaga adalah ilmu. Sebelum berhenti bekerja saya telah pergi ke pelbagai kursus perniagaan yang dikendalikan oleh Sifu Jamal, Dr Azizan Osman dan juga Najib Assadok. Ilmu yang diterima dari mereka ini saya jadikan bekalan untuk bergelar usahawan. sebelum mengambil langkah drastic, saya berhenti dari Amanah Butler dan bekerja di Ninja Van Logistics.

Waktu itu, Ninja Van yang baru beroperasi memerlukan Sales Executive. Saya lihat ini sebagai peluang terbaik untuk timba pengalaman sebelum menjadi usahawan. sebagai sales executive di Ninja Van, saya ditugaskan untuk mendapatkan kepercayaan dari usahawan-usahawan online ketika itu yang tumbuh bagai cendawan. Perkhidmatan logistic adalah yang paling utama bagi Usahawan online. saya mengambil peluang ini dengan belajar direct dengan mereka. Setiap kali selepas habis saya terangkan tentang perkhidmatan yang ditawarkan Ninja Van, saya akan bertanya pula pada mereka tentang pengalaman dan strategi pemasaran mereka. Dari sini saya belajar hands-on dari usahawan-usahawan online.

3. Kenapa pilih perniagaan ini?

Selepas saya sudah bersedia dari segi modal dan juga ilmu. Saya mula fikirkan nak jual apa? Apa yang tengah trending? saya mula belajar bagaimana nak buat kajian. Saya banyak belajar dengan membaca buku-buku dari Ainon Mohd. Penulisan beliau mudah faham dan senang nak praktikkan.

Fasa Kajian. dalam fasa ini, saya mula mengkaji trend pasaran dari google trend, facebook dan Instagram. Ambil masa lama gak sebelum betul2 decide nak jual apa. Ketika itu industry cosmetics berkembang sangat pesat. Purchasing power yang di dominasi kaum hawa membuatkan ramai yang terjun ke bidang cosmetics untuk mencuba nasib. Saya juga tidak ketinggalan untuk melepaskan peluang ini.

Fasa Pemilihan. ketika ini, saya dan isteri sudah nekad untuk menceburi bidang cosmetics. Cuma kami masih tercari-cari jenama apa yang kami akan bawa. Dalam buku “Mudahnya Berniaga” dari Azizan Osman dan juga buku “Mulakan Bisnes Sendiri” dari Ainon Mohd, mereka amat tegaskan bahawa untuk mula berniaga, jual produk orang terlebih dahulu. Ada banyak pilihan yang kami dah filter dan akhirnya, selepas berjumpa sendiri dengan CEO dan Founder, kami nekad untuk Bersama dengan produk DYXY Cosmetics.

Fasa Permulaan. kami bermula sebagai Agent dengan modal permulaan sebanyak RM750 ketika itu. Modal kami tidak seberapa kerana saya perlu agihkan modal untuk iklan berbayar di Facebook. Akan tetapi, di sebabkan permintaan yang terlalu tinggi, kami bertahan sebagai Agent hanya selama 2 minggu sebelum beralih menjadi stokis dengan modal RM8,000. Kami menggunakan medium facebook & Instagram sepenuhnya ketika itu. kami amat bersyukur kerana bertemu dengan platform DYXY. Sokongan dari leader dan HQ memang sangat efektif. Hari ini, Alhamdulillah telah dilantik menjadi Master Stokis DYXY dan menjadi leader kepada team We Republic.

4. Siapakah yang meminta nasihat daripada perniagaan anda?

Setelah hampir 3 tahun bersama DYXY, ramai yang datang bertanya dari kalangan Usahawan DYXY mahupun Usahawan lain di luar sana. 70% dari hasil perniagaan saya dari online iaitu Facebook dan Website. Kekangan hebat dari sudut online marketing membuatkan ramai yang buntu dan cuba mencari solusi dengan berjumpa dengan saya. Dari sinilah lahirnya Seminar Marketing Rakyat Marhaen yang saya kendalikan.

Bagi yang tidak tahu apa itu Seminar Marketing Rakyat Marhaen #MRM ini. Ianya adalah inisiatif En. Syed Gaddafi untuk berkongsi ilmu dan pengalaman beliau dalam dunia perniagaan. Bayaran yang beliau kenakan adalah “seikhlas hati”. Ya! tiada bayaran ribuan ringgit untuk belajar teknik pemasaran dari seminar ini cuma sumbangan ikhlas anda untuk perkongsian ilmu dari beliau dan rakan-rakan. Saya berharap beliau akan terus maju dan berjaya.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Written by radzee_ar

Usahawan. Arkitek Sistem. Blogger. Ikuti saya di Instagram: @radzee.ar dan Twitter: @radzee_ar

Comments

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Loading…

0

Comments

0 comments

Work At Home Idea – The Best Reviewers Are Moms

Work At Home Idea – Freelance Writers for Web Content