in , , ,

[18SX] Bantu ‘Bangkitkan’ Keintiman Suami Isteri. Perniagaan Pilihan En.Firdaus

Inspirasi Niaga

Menyediakan penyelesaian bagi masalah orang ramai adalah tunjang sesebuah perniagaan. Tanpa produk atau servis bagi membantu bakal pelanggan mencapai hasrat mereka tidak mungkin sesuatu perniagaan dapat berkembang.

‘Pil Kurus’ dan seks. Dua industri yang tidak menunjukkan sebarang petanda yang ianya akan mengecut. Bercakap tentang ‘mengecut’, En. Firdaus memang arif tentang ‘mengembangkan’ apa yang ‘kecut’ dan beliau memulakan sebuah perniagaan yang mendapat sambutan ‘hangat’ di Malaysia dan negara jiran. Kehangatan yang menghasilkan pendapatan yang amat memberangsangkan. Kita bersama En.Firdaus dalam segmen Inspirasi Niaga kali ini.

Mengapa saudara berniaga?

Saya berniaga sebab suka dari sekolah rendah. Dah memang minat sangat, jadi saya terus meniaga. Selain menambah income dan bagi saya gembira sebab saya suka meniaga.

Kenapa pilih perniagaan ni?

Sebab manusia suka seks dan amat memerlukan seks. Jadi produk seks banyak membantu manusia.

Produk-produk yang dijual oleh En. Firdaus

Apakah latar belakang En.Firdaus? Pendidikan, Pengalaman Kerja

Saya kena buang Diploma UITM. Saya grade cemerlang masa SPM tapi terkandas masa belajar program diploma. Saya dah keje kerajaan nak masuk 11 tahun. Saya keje pembantu saja sama taraf kerani kerajaan. Pangkat rendah sebab saya hanya ada spm dan diploma kena buang U.

Bolehkah anda memberi gambaran mengenai perniagaan anda?

Perniagaan saya adalah keperluan manusia dan fokus pada pasangan suami isteri untuk hubungan intim suami isteri. Perniagaan saya ada pelanggan berjuta orang di Malaysia. Perniagaan saya amat penting sebab pasangan suami isteri perlukan hubungan seks yang best dan nikmat. Jadi produk seks saya membantu pasangan suami isteri

Salah satu produk yang dijual En. Firdaus

Berapa lama anda berada dalam perniagaan? Dalam perniagaan ini? Dalam perniagaan lain?

Lebih 5 tahun dah. Dalam perniagaan lain pun bertahun tahun juga. Banyak biz saya buat Antaranya HYIP, blogging, iklan, affiliate, online busines, forex dan banyak sangat.

Apakah jenis perniagaan yang anda miliki, perniagaan tunggal, perkongsian, perbadanan?

Saya adalah agen perniagaan dan saya uruskan urusan order dan sales. Saya owner biz saya juga jenis enterprise. Kelebihan biz tunggal tak payah kongsi ngan sapa. Saya owner.

Bagaimana anda memulakan perniagaan ini?

Saya ada pengalaman biz lama juga promosi web, jadi saya bina web www.kedaifirdaus.com Untuk promosikan biz nie.

Bagaimanakah anda mendapat latar belakang dan kemahiran yang diperlukan untuk menjalankan jenis perniagaan ini?

Saya mendapat latar belakang biz nie sebab saya buat banyak biz online. Juga bidang wordpress serta bidang blogging biz. Web sendiri wajib ada, Nombor handphone whatsapp ,Iklan, promosi Online dan offline. Kene slalu iklan tanpa henti.

Adakah anda tahu siapa pesaing anda?

Pesaing saya juga kawan baik saya. Saya pun promosikan produk diorang dan diorang promosikan produk saya, jadi bisnes produk seks nie pesaing adalah sahabat sama sama buat duit.

Bagaimana anda memasarkan perniagaan anda? Bagaimanakah orang mengenali perniagaan anda?

Guna online dan offline. Online web forum dan social media serta blogging. Offline – majalah,akhbar tempatan dan flyers. Orang mengenali saya dengan web saya di www.kedaifirdaus.com.

Di mana anda melihat perniagaan anda pada tahun hadapan? Dalam tempoh lima tahun akan datang? Sepuluh tahun yang akan datang?

Saya rasa sampai bila bila biz saya mendapat sambutan sebab pasangan suami isteri ada berjuta orang di Malaysia dan mereka nie perlukan hubungan seks.

Adakah anda bercadang untuk bersaing di pasaran global? Jika ya, bagaimana? Jika tidak, mengapa tidak?

Saya tak minat. Minat fokus saya dari Perlis ke Sabah. Semua negeri di Malaysia dan juga berdekatan Malaysia seperti Singapura, Thailand, Indonesia dan Brunei.

Bagaimanakah teknologi, seperti komputer dan internet,media sosial, mempengaruhi bagaimana anda menjalankan perniagaan?

Teknologi amat penting dalam biz saya lagi ramai tau web saya lagi ramai manusia akan baca web saya dan akan ramai jadi pelanggan saya.

Apa yang anda lakukan dengan keuntungan anda?

Saya banyak menyimpan ASB, emas public gold dan banyak lagi tempat. Selain tue saya suka makan. Saya makan sedap sedap. Juga kadang melancong sambil biz. Selain tue habis duit kat petrol sebab saya suka ronda.

Tak ada diploma ijazah master phd tapi saya mampu buat web dan buat sales ratus ribu. Jadi kalau saya yang kena buang u hanya spm boleh buat web sales ratus ribu yang belajar lagi tinggi pada saya mesti leh buat lagi banyak. Yang penting anda faham apa yang anda buat, tidak putus asa dan terus berusaha

En. Firdaus

Berkat minat dan usaha tanpa kenal erti putus asa, walaupun berbekalkan SPM beliau mampu memulakan perniagaan dan menjana pendapatan yang lumayan. Saya berharap saudara Firdaus akan lebih dimurahkan rezeki dan kesihatan. Semoga perniagaan beliau lebih maju pada masa akan datang.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Written by radzee_ar

Usahawan. Arkitek Sistem. Blogger. Ikuti saya di Instagram: @radzee.ar dan Twitter: @radzee_ar

Comments

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Loading…

0

Comments

0 comments

Work At Home Idea – Freelance Writers for Web Content